Thursday, September 15, 2011

Tertiba aje Berminat dengan sejarah Perjuangan Orang Islam diTanah Melayu

Tok Janggut : Ianya bukan kerana cukai. Ianya kerana Allah!!

Saya yakin ramai yang mengenali Tok Janggut. Tetapi berapa ramai yang benar-benar tahu tentang kisah hidupnya? Kewujudan Tok Janggut dan perjuangannya pasti ada kaitan dengan nasib malang yang menimpa umat Islam seluruh dunia ketika itu, iaitu kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924.

Cuba fikirkan, betapa selama ini sejarah kita telah diputar belit oleh zionis kuffar. Mereka berjaya mengalihkan pandangan seorang pelajar sekolah, bahawa perjuangan seorang Tok Janggut adalah kerana mempertahankan kuasa politik tradisional dan membantah cukai semata, sedangkan beliau sebenarnya mempertahankan Al-Haq! Malah mereka telah berjaya melabel dan menanamkan dalam pemikiran kita bahawa Tok Janggut adalah penderhaka dan pemberontak.

Zionis kuffar telah berjaya memanipulasi pemikiran umat islam di nusantara ini (baca: gugusan kepulauan melayu), bahawa tahap tertinggi dicapai bagi seorang Islam adalah apabila ia telah berjaya dan selesai mengerjakan haji ke makkah al-mukarramah. Pemikiran ini telah ditanam dari nenek moyang kita sehinggalah ke generasi hari ini. Walhal sebagai seorang muslim, ia wajib menjalankan tugas khalifah, iaitu memastikan seisi alam ini menyaksikan syahadah yang agung, Laa ilaaha Illallah, Muhammad Rasululullah. Itulah kemuncak ustaziatul ‘alam yang wajib dilaksanakan bagi seorang Islam. Dan Tok Janggut adalah antara figure yang cuba menjalankan kewajipan syahadah ini.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” [Surah Al-Baqarah, 2:30]
Di bawah ini disertakan bahan perkongsian yang dipetik dari laman web raykinzoku yang ditulis oleh Tengku Ahmad Zarir, seorang graduate dari Kinki University, Osaka.

Penulis asal berharap agar lebih ramai orang akan mengenali Tok Janggut bukan kerana gambar jasad beliau diperlakukan oleh Inggeris, tetapi kerana keberanian dan kematangannya dalam berjuang
demi agama dan bangsa.

Tok Janggut …….
atau nama sebenar, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Syahid pada hari ini 24 Mei,
dalam perjuangan menentang penjajahan Inggeris,
di Jajahan Pasir Puteh, Kelantan,
93 tahun yang lampau ……

Al Fatihah …..
Dahulu, lebih kurang tiga tahun yang lepas, saya pernah mencatit satu entri khas berkenaan Tok Janggut.
Apa yang asalnya diniatkan sebagai satu catitan kasual, sebagai menyempurnakan hajat seseorang, telah dengan tidak semena-menanya mendapat tumpuan ramai sehingga sendat dengan ratusan komen menyatakan minat. Dalam banyak banyak komen yang saya perhatikan, tidak kurang ada yang menarik, yang menyebabkan saya merenung kembali kisah perjuangan Tok Janggut, contohnya seperti komen ini :

i am an amateur historian. thank you for the write up. your photos will be useful
for those researching on Kelantan and its history. i had the privilege of meeting 2 of Tok Janggut’s grandson. they are proud their grandfather was a shahid. history has downplayed the extent and significance of the fight between tok janggut and the administrators then. it was a jihad of the muslims against the british rule.
Merenung kembali, memang benar sejarah kurang berlaku adil kepada Tok Janggut. Kisah perjuangan Tok Janggut, walaupun kini diabadikan dalam lembaran sejarah tanahair, disanjung dan diajar di sekolah, dirasakan seolah-olah masih atau sengaja dibiarkan tergantung. Tidak keterlaluan jika saya katakan, seolah-olah sama sebagaimana yang diperlakukan oleh Inggeris terhadap jasad Tok Janggut di Padang Bank.

Apa yang saya maksudkan dengan ” tergantung ” di sini adalah bila mana rata-rata sumber utama rujukan sejarah ( authorized sources ), dalam menghuraikan kronologi dan sebab musabbab kepada kebangkitan Tok Janggut, hanya mengutarakan faktor permasalahan cukai dan faktor kehilangan kuasa politik pembesar Melayu tradisional ( feudalisme ) sebagai punca.

Di sini, saya petik beberapa contoh dari huraian Arkib Negara Malaysia dan buku teks sejarah Tingkatan Lima sebagai bukti :

Campurtangan British di Negeri Kelantan pada awal abad keduapuluh telah menyebabkan berlaku beberapa perubahan dasar sistem pentadbiran di negeri tersebut.

Pihak British telah memperkenalkan sistem-sistem cukai yang baru yang bercanggah dengan kebiasaan rakyat tempatan dan telah melantik pegawai-pegawai untuk menggantikan tempat pembesar-pembesar daerah tradisional.

Kewujudan alat-alat pentadbiran dan campurtangan pihak British dalam pentadbiran Negeri Kelantan ini telah menggugat kedudukan pembesar-pembesar daerah serta menimbulkan kemarahan mereka yang selama ini memiliki banyak keistimewaan.

From :
Arkib Negara Malaysia : Hari Ini Dalam Sejarah Online : ” PERANG TOK JANGGUT “



* Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 ( KBSM ), Dewan Bahasa & Pustaka, Cetakan Keempat 2006, Percetakan Watan Sdn Bhd ( Nota : Perenggan berkaitan di ” highlight ” bagi memudahkan rujukan. )

Sebenarnya, apa yang dinyatakan oleh sumber sumber di atas tidaklah bersalahan dengan apa yang benar benar telah berlaku. Cuma, secara peribadi, menyampaikan kisah Tok Janggut dalam konteks perjuangan membantah cukai dan kehilangan kuasa politik tradisional, bukan sahaja mengabaikan butiran penting lain dalam kronologi kejadian malah dirasakan mampu memberikan implikasi negatif kepada perkembangan minda generasi muda. Seolah-olah menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari kelompok yang kedekut dan taksub dengan feudalisme. Apakah sebenarnya yang ingin dibuktikan melalui huraian sedemikian ?

Sedar atau tidak, dengan pentafsiran sedemikian juga, kita telah berjaya menyempurnakan agenda penjajah Inggeris tanpa mereka sendiri perlu bersusah payah menyempurnakannya. Sejarah membuktikan bahawa penjajah Inggeris sememangnya mahu perjuangan Tok Janggut digambarkan sedemikian, kerana mudah bagi mereka melabel beliau sebagai penjenayah dan pengkhianat ( tidakkah kita selalu diajar, membantah arahan pihak berkuasa adalah satu jenayah ? ) …..

…. dan sejarah juga membuktikan bahawa dengan menonjolkan Tok Janggut sebagai seorang penjenayah dan pengkhianat, mereka telah berjaya mengalihkan perhatian orang Melayu Islam dari memikirkan isu global berkaitan umat Islam yang sedang hangat ketika itu !

Laporan berikut, yang dipetik dari akhbar The New York Times, bertarikh 15 November, 1914, menjelaskan usaha awal Inggeris untuk memastikan orang Melayu terus terserkup di bawah tempurung :



Source :

The New York Times Online Archive, 15 November 1914

Menurut laporan di atas, pada 14 November 1914, Sultan Kelantan ( Sultan Muhammad IV, 1900 ~ 1920 ), telah mengeluarkan jaminan taat setia kerajaan Kelantan kepada Inggeris ekoran Perang Dunia Pertama di Eropah.

Inggeris pada masa itu, sedang berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang bersekutu dengan Austria-Hungary dan Jerman. Inggeris telah menekan pihak istana untuk mengisytiharkan solidariti bersama – tindakan yang mengecewakan Tok Janggut lantas memilih untuk bangkit sendiri menentang Inggeris …..

Tetapi mengapa Kelantan ? Mengapa Turki Uthmaniyyah !?

Perlu diingatkan bahawa pada masa itu, kerajaan atau empayar Turki Uthmaniyyah dianggap oleh kebanyakan umat Islam di dunia, termasuk juga di Kelantan, sebagai pelindung serta pemimpin ummah. Kebetulan pula di Kelantan, hampir keseluruhan penduduk adalah beragama Islam bermazhab Shafie ( dinyatakan di situ, ” Shaffa Mohammedanism ” ) dan kuasa politik adalah di tangan pemerintah beragama Islam ( walaupun di bawah pengaruh Inggeris ).

Walaupun demikian, itu bukanlah perkara yang paling dirisaukan oleh Inggeris. Inggeris lebih gusar dan khuatir akan hakikat hubungan dan pergantungan Kelantan dengan Timur Tengah dari sudut ideologi dan politik, yang telah berlangsung sejak berkurun lamanya. Ramai rakyat Kelantan berulang alik ke Makkah untuk menuntut ilmu, menunaikan ibadat Haji dan tidak kurang juga ada yang memiliki kepentingan di sana. Tok Janggut berada dalam kelompok ini, seorang terpelajar yang pernah menuntut ilmu dari Pattani hingga ke Makkah. Kebetulan juga, Makkah ketika itu merupakan wilayah Turki Uthmaniyyah, yang pastinya sedang marak dengan propaganda anti-Inggeris ketika Inggeris sedang berperang dengan Turki. Inilah yang dirisaukan oleh Inggeris.

Walau bagaimana pun, dalam hal ini, menyedari hakikat masyarakat Melayu yang amat mentaati Raja, Inggeris telah mengambil jalan memaksa pihak Istana untuk menyatakan pendirian yang selari dengan mereka, dengan harapan, kemarahan masyarakat Islam Kelantan terhadap peranan Inggeris dalam Perang Dunia Pertama dapat dikekang.

Namun, malang bagi Inggeris, jaminan yang diberi hanya bertahan selama lima bulan sahaja dan ” kekacauan ” ( disturbance ) yang dirisaukan telah benar benar berlaku di Pasir Puteh pada April 1915, di bawah pimpinan Tok Janggut ( antara sebab mengapa Tok Janggut diisytiharkan Inggeris sebagai ” pemberontak “ dan ” pengkhianat “ ).

Apa yang menarik, perkara yang paling dirisaukan Inggeris di Kelantan sebenarnya telah terlebih dahulu berlaku di Singapura, kubu kuat Inggeris di Asia Tenggara. Pada Februari 1915, askar upahan Inggeris dari India yang beragama Islam telah bangkit memberontak. Peristiwa berdarah yang dikenali sebagai Dahagi Singapura 1915 atau The 1915 Singapore ( Sepoy ) Mutiny ini, telah menyebabkan lebih kurang 50 orang Eropah terkorban. Puncanya, tidak lain tidak bukan adalah kerana peperangan Inggeris dengan Turki Uthmaniyyah, ditambah pula dengan fatwa berjihad yang dikeluarkan oleh kerajaan Uthmaniyyah. Dikatakan Tok Janggut telah mengikuti perkembangan pemberontakan ini lalu merancang penentangan di Pasir Puteh.

Biar pun segera ditumpaskan, kejadian pemberontakan ini begitu memalukan Inggeris. Mengambil iktibar, Inggeris telah mengambil langkah berjaga jaga dan malang sekali, penentangan Tok Janggut menyusul dua bulan selepas itu dalam keadaan Inggeris sudah bersedia. Akibatnya, Tok Janggut telah diganyang sedasyat dasyatnya oleh Inggeris dan ini dapat disaksikan melalui bagaimana jenazahnya diperlakukan di Padang Bank.

Mengenangkan apa yang telah dilalui oleh Tok Janggut, adalah dirasakan amat tidak wajar jika kisah beliau terus dibaca dalam konteks sedia ada ( penekanan kepada permasalahan cukai & kehilangan kuasa feudal ). Perhatian perlu diberikan kepada konteks yang lebih global seperti yang dinyatakan di atas – sesuai dengan keadaan dunia masa kini serta hakikat diri dan latar belakang Tok Janggut sendiri.

Tok Janggut sebenarnya bukanlah seorang jaguh kampung yang buta huruf. Beliau adalah seorang yang terpelajar, yang pernah mengembara menuntut ilmu dari Pattani sehingga ke Makkah. Kerana itu, rangkaian serta jaringan maklumatnya cukup baik. Beliau jelas tahu apa yang sedang berlaku di dunia ketika itu, khususnya nasib yang menimpa Dunia Islam – kecelaruan dan perpecahan yang melanda umat Islam angkara masalah dalaman dan penjajahan asing. Beliau juga sedar bahawa simbol kekuatan politik umat Islam tika itu, Empayar Turki Uthmaniyyah, sedang diancam dan cuba dihapuskan oleh Inggeris melalui Perang Dunia Pertama.

Kerana itu juga, Tok Janggut adalah seorang yang berfikiran GLOKAL ( yakni, a person who thinks globally and acts locally ). Ini dapat dilihat melalui keprihatinan beliau terhadap nasib Dunia Islam yang dipadankan dengan suasana setempat, yang kemudiannya ditafsirkan melalui penentangan bersenjata pada tahun 1915.

Sayang sekali, hakikat ini selalu sahaja tenggelam, samar samar atau langsung gagal dinyatakan dalam huraian kontemporari sejarah Tok Janggut, hingga menampakkan perjuangan beliau sebagai bercorak parokial ( kekampungan ) yang hampir tidak membawa apa apa makna.

BACAAN BERKAITAN

Nasron Sira Rahim, Berita Harian : ” Tok Janggut “
INGGERIS cuba menyembunyikan cerita sebenar mengenai Tok Janggut. Lelaki itu dan kumpulannya dituduh penderhaka kepada sultan, bangsa dan tanah airnya iaitu Kelantan.
Perjuangan tokoh yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.
Rujukan alternatif
Emmeline Tan, The Star Online ; November 24, 2007 : ” One Moment In Time “

The story of a Kelantanese rebel who fought against the British comes alive in the Tok Janggut Trail.
A declaration of jihad (holy war), an insurrection against foreign invaders, the death of a rebel leader and the parade of his corpse before it was hung upside-down in public as a warning – this is the story of Kelantan’s Tok Janggut.
SP Star : ” Penentangan di Kelantan “

Pengaruh luar seperti Perang Dunia Pertama dan Dahagi di Singapura pada tahun 1915 juga mempengaruhi penduduk Kelantan melancarkan kebangkitan terhadap pentadbiran British.
Orang Kelantan percaya British akan mengalami kekalahan dalam Perang Dunia I. Begitu juga apabila Dahagi meletus di Singapura pada tahun 1915. Penduduk Kelantan mendapat berita bahawa tentera India berjaya membunuh orang Eropah secara beramai-ramai. Kesannya, kejayaan Dahagi ini menyebabkan orang Kelantan tidak lagi menghormati orang Eropah sebagaimana sebelumnya.
Hasrizal Abdul Jamil : ” Hubungan Alam Melayu – Turki : Merentasi Sejarah “

Sebuah lagi catatan penting ekoran daripada gerakan Pan-Islam Sultan Abdul Hamid II adalah tercetusnya Dahagi Singapura pada tahun 1915.
Sehingga pada hari ini, sebab sebenar yang mencetuskan Dahagi tersebut masih belum didedahkan kepada umum kecuali dengan beberapa andaian yang berhasil semenjak beberapa tahun yang lalu. Ini berikutan daripada polisi Britain sendiri yang merahsiakan perkara tersebut.
Dahagi ini sebenarnya bermula ekoran daripada bantahan askar India dan Melayu Muslim daripada dihantar ke Timur Tengah bagi menyertai tentera Arab menentang pemerintahan Khilafah Othmaniah semasa Revolusi Arab 1916.
http://w3.spancity.com/yosri/DaftarT.htm

Tok Janggut

” Nama sebenarnya adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas.
Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan
Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya
dari segi pentadbiran.
Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan
pemimpin tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah mengenai
pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen
setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung. Pada 29 April 1915,
pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang
pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat
sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai
oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat
Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.
Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan
bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir
Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura
dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.
Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.
Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang
memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai
penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima
Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu
yang memakan masa satu hari.
Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka)
mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan. “
GAMBAR BERKAITAN

PADANG BANK, KOTA BHARU



* Poskad lama awal 1930an, yang memaparkan Monumen Perang Dunia Pertama dan Padang Bank di Kota Bharu. Imej ” dipinjam ” dari blog Northernmalaya. Turut kelihatan adalah bangunan Istana Jahar. Foto dirakam sekitar 1930an.



*dikatakan inilah mayat Tok Janggut. Ada yang mengatakan ini bukan mayat Tok Janggut tetapi adalah salah seorang pengikutnya yang terbunuh dalam peperangan bersama Tok Janggut, ada yang mengatakan British tersalah mengecam identiti Tok janggut. Bagaimanapun, ia tidak disokong oleh bukti yang kuat. Penulis asal percaya inilah jasad Tok Janggut.



*Setelah gugur syahid di Pasir Puteh, jasad Tok Janggut telah dibawa ke Kota Bharu dan digantung songsang di khalayak ramai, di Padang Bank. Sebagai tontonan dan pengajaran kepada rakyat Kelantan yang terfikir untuk menentang Inggeris.



* Tentera British bergambar. Tulisan di kaki mereka jelas menunjukkan Pasir Puteh 14-10-1915. Lebih kurang 5 bulan selepas pemberontakan yang mahsyur itu berlaku di tempat ini. Askar ini dihantar dari Singapore dan gambar ini membuktikan bahawa mereka masih berada di sana walaupun sudah berbulan berlalu sejak kematian Tok Janggut. Mungkin askar ini mahu berjaga-jaga dari pemberontakan yang mungkin berlaku oleh para pengikut Tok Janggut.

Sumber asal : http://iniceritakita.wordpress.com/2008/11/07/tok-janggut-antara-cukai-feudalisme-dan-nasib-dunia-islam/
Kredit untuk saudara http://ikutsukaatiaku.blogspot.com

Tuesday, August 9, 2011

Keajaiban Buah Kurma..........


- Kurma tidak memindahkan bakteria dan mikroba, dan bahawa ulat yang ada di dalam kurma lama boleh memusnahkan amoeba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

- Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Semenanjung Arab akan diserang pelbagai penyakit yang tidak diketahui hujungnya kecuali oleh Allah

- Serbuk sari kurma dapat mengubati kemandulan wanita

- Makanan dan ubat yang paling penting bagi para angkasawan adalah kurma, dan bahawa kurma lebih sihat daripada kaviar

- Sabut pohon kurma adalah pembersihan yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya daripada penyakit-penyakit kulit

- Apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih

- Kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia boleh menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf

- Setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang dikandung oleh setiap 100 gram madu

- Makanan yang paling baik yang dimakan oleh pejuang dalam perang adalah kurma, kerana kurma membekalkan dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenalnya sehingga dia menjadi seorang pemberani yang tidak takut akan kematian

- Ada satu jenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya

- Ada 450 jenis kurma di seluruh dunia

- Kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana mengandungi zat besi dengan kadar yang tinggi

- Kurma dapat menguatkan rahim saat melahirkan kerana mengandungi hormone pitosin yang berkhasiat menetapkan proses melahirkan

- Kurma dapat mencegah radang kerana mengandungi antiseptic dan antirematik

- Kurma mengandungi kadar yang bagus dari serat yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah konstipasi

- Kurma dapat melindungi usus besar dari kanser

- Jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah 'ajwah Madinah, Razizi, dan rabi'ah

- Jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha `il, kerana setiap 100 gram daripadanya tidak mengandungi lebih daripada 67 kalori

- Jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral-mineral dan vitamin adalah rabi'ah Madinah yang mengandungi kadar yang tinggi dari potasium dan besi

- Kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan perseorangan-perseorangan yang tidak memerlukan proses pencernaan

- Kurma dapat mengurangkan ketegangan saraf yang disebabkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampaui batas

- Kurma dapat mengurangkan rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa

- Kurma dapat mempersiapkan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi

- Kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci buah pinggang

- Kurma dapat membersihkan hati dari racun dan meredakan pergolakan saraf

- Kurma basah boleh menurunkan tekanan darah bagi para perempuan hamil dan menormalkannya pasca melahirkan

- Kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandungi banyak unsur mineral, seperti fosforus, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin

- Kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging

- Kurma dapat memelihara kelembapan dan kebinaran mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari

- Kurma boleh melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan jangkitan

- Kurma membekalkan tubuh dengan besi yang diperlukan oleh darah dan fosforus yang membantu proses berfikir

- Kurma boleh membantu menenangkan dan mendamaikan jiwa sehingga diresepkan bagi orang yang berpenyakit saraf dan bertemperamen tinggi

- Memakan kurma sebelum makan pagi boleh membunuh cacing

- Kurma dianggap sebagai makanan yang paling baik di daerah sahara kerana dapat disimpan di dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan

- Di kalangan penduduk Sahara dan Oasis tidak menghidap peyakit kanser, kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan pokok

Pada pertengahan kedua abad ke-20, para ahli mengungkapkan adanya asid amino yang lain pada kurma. Dan yang paling penting dalam asam ini adalah glutathione sebagai antioksidan. Ternyata, bagi 100 gram (7 kurma) boleh memberikan lebih dari 350 tenaga. Jadi, nilai gizi kurma hampir sempurna. Kurma adalah rezeki beruntun yang datang terus-menerus dan tidak terputus sebagai rezeki dari Allah SWT untuk umat manusia. Maa syaa Allah Laa Quwwata Illa billaah

Diterjemah dari situslakalaka

Tuesday, August 2, 2011

Lagi-lagi SPR..........

ziz Dan Wan Omar Tidak Lagi Boleh Pejam Mata

APA dalih dan ke mana lagi hendak melarikan kebusukan, semuanya kini sudah terdedah. Memang sifat dan lumrah kebusukkan itu akan terus berbau menghuduhkan keadaan. Begitulah dengan tektik jahat lagi tidak bermaruah dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha untuk membantu kemenangan kepada UBN secara jahat dan hina.

Pendaftaran pendatang haram sebagai warganegara ini kemudian mendaftar mereka sebagai pengundi mengesahkan apa yang dilaungkan oleh parti oposisi dan Bersih selama ini, bahawa pilihan raya negara ini tidak bersih dan putih. Satu demi satu atau sekelompok demi sekelompok nama-nama mereka didedahkan.

SPR bermula dari Pengerusinya, Abdul Aziz Yusuf membawa kepada timbalannya Wan Ahmad Wan Omar tidak perlu memejam mata lagi. Mereka bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Wajar kalau mereka membersihkan diri dengan meletak jawatan. Atas pendedahan perbuatan busuk itu mereka perlu bertanggungjawab.

Kalau mereka terus cuba hendak mengatakan kentut dan tahi tidak busuk, tidak tahulah apakah mereka berdua ini masih ada maruah. Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa mengawal atau melantik suruhanjaya itu juga perlu berbuat sesuatu. Secara tidak sedar kini kuasa dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong juga sudah dinodai.

Baik Aziz dan Wan Ahmad bermati-matian mengatakan tidak ada penipuan dalam senarai pilihan raya dan kononnya pilihan raya di negara ini berjalan dalam keadaan baik dan adil. Nah.. dengan pelbagai pendedahan yang dibuat itu menjelaskan apa yang mereka katakan tidak benar dan bohong belaka. Pengakuan mereka selama ini sudah terbongkar dengan meluasnya, menyebabkan mereka sudah tidak ada sudut untuk berlindung lagi.

Rasanya bukan saja rakyat yang menegtahui akan menyedari akan pembohongan SPR itu tetapi isteri, anak-anak dan waris waras mereka - Aziz dan Wan Ahmad juga mengetahuinya. Mungkin dimeja makan atau semasa di dalam kamar tidur mereka juga diasak oleh isteri supaya tidak membohongi rakyat dan minta menghentikan perbuatan terkutuk itu.

Bagi saya kalau mereka masih terus tercokoh di situ, merekalah seburuk-buruk dan sehina-hina manusia. Mereka lebih teruk daripada haiwan pemangsa. Haiwan pemangsa pun kalau dikutuk, dipetut (halau) akhirnya mereka akan menyingiraikan diri meninggalkan tempat bangkai yang mereka datangi.

Dengan apa lagi mereka hendak menutup muka mereka. Berkali-kali mereka mengatakan kalau oposisi ada bukti menunjukkan ada pengundi hantu, mereka seolah-olah mengambil risiko yang boleh merugikan diri dan kehidupan mereka. Cabaran itu kononnya menunjukkan mereka manusia yang bermaruah dan ada air muka. Kini semuanya sudah terdedah dan mereka tidak perlu berlenggah lagi untuk mengambil risikonya.

Kini sudah ada semuanya yang mereka nafikan itu. Sudah jelas program pemutihan yang dilakukan ke atas Pati menjelang pilihan raya itu adalah tali hayat untuk memastikan kemenangan Umno. Mereka bukan saja pengundi upahan untuk mendapat kemenangan, tetapi mereka juga sudah mendapat nikmat yang tidak wajarnya mereka perolehi.

Usahkan berpuluh ribu kalau seorang saja Pati - bukan warga negara ini terlibat dalam pengundian ia menyebabkan pengundian itu bukan tulen lagi. Pilihan raya itu sudah menjadi tidak sah. Tidak ada mana-mana negara di dunia ini memberi hak dan kuasa kepada rakyat negara asing. Kecualilah dengan yang pemimpinnya bebal kerbau. Pemberian itu juga bukan saja setakat mencemari tetapi menoda akan kedaulatan negara dan rakyat negara ini.

Tidak tahulah dari sumbu mana kerajaan pimpinan perdana menteri sakit lutut ambil dan gunakan sehingga boleh menghalakan pendatang tanpa izin mengambil bahagian di dalam pengudian alis pilihan raya di negara ini. Mungkin beliau sudah hilang semangat patriotik kalau tidak masakan beliau tergamak membiarkan agen-agennya; Pejabat Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalukan perbuatan bersifat Mahathir Mohamad itu.

Dalam hubungan ini bagi saya kalau pencemaran dan pencabulan ke atas hak rakyat dan negara ini yang dilakukan oleh manusia bajingan itu tidak diatasi, rasanya baik oposisi pulaukan sahaja pilihan raya. Tidak ada gunanya menyertai pilihan raya yang sudah jelas tidak adil kerana perbuatan begitu samalah dengan menipu diri sendiri.

Apakah pembangkang merasa takut untuk berbuat demikian? Sebenarnya tidak ada guna sedikitpun kepada pembangkang untuk mempertahankan kuasa dan kedaulatan yang dinodai. Keburukan tidak perlu dipelihara lagi. Janganlah pulau pilihan raya sesudah kalah kerana ia tidak membawa apa-apa erti pun. Tindakan dan sikap begitu juga kelak orang akan menuduh oposisi tak ubah seperti musang yang tidak dapat anggur dengan mengatakan anggur itu masam. [wm.kl.11:00 am 03/08/11]

RAHSIA teknik pembinaan Phyramid di dalam Al Quran



Artikel

"Penelitian terbaru mengatakan bahwa piramid dibangun dari tanah liat yang panas! Dan yang sangat menakjubkan adalah bahwa Alquran telah mengungkap fakta ini dengan sangat jelas sesuai dengan ungkapan Firaun saat itu... namun sebelum ini, mari kita merenungkan apa yang para ilmuwan temukan baru-baru ini...

Dalam edisi tanggal (1 Desember 2006) akhbar Amerika Times menerbitkan berita ilmiah yang mengesahkan bahwa Firaun menggunakan tanah liat untuk membangunkan piramid! Menurut penelitian Amerika-Perancis menyebutkan bahwa batu yang digunakan untuk membuat piramid, sebelumnya telah dilemparkan di bawah kayu lalu dipanaskan sehingga membentuk batu keras yang hampir normal.

Para ilmuwan mengatakan bahwa Firaun mahir dalam ilmu kimia dan mengelola tanah liat dan kaedah yang mereka gunakan masih menjadi rahsia dan tidak diizinkan untuk diakseskan keatasnya . Profesor Gilles Hug, dan Michel Profesor Barsoum menegaskan bahwa Piramid yang paling besar di Giza itu terbuat dari dua jenis batu: batu alam dan batu-batu yang dibuat secara manual.

Dan dalam penelitian yang dikeluarkan oleh majalah “Journal of American Ceramic Society” menegaskan bahwa Firaun menggunakan jenis tanah slurry untuk membangunkan monumen yang tinggi secara umum, dan membangunkan piramid secara khususnya. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan Kilogram, dan inilah yang membuat Firaun menggunakan batu alam untuk membangun dasar Piramid dari lumpur yg dibakar untuk diletakkan di tempat yang paling tinggi.

Setelah berhasil mencampur lumpur dan kapur di tungku perapian yang dipanaskan dengan wap air garam sehingga membentuk campuran tanah liat, maka akan dilakukan template diatas kayu dan dituangkan dalam tempat yang disediakan di dinding piramid.

Seorang Profesor Prancis Joseph Davidovits telah melakukan eksperimen selama dua puluh tahun lamanya dan menemukan bahwa piramid dibangun dari lumpur, terutama dibahagian yang tinggi piramid di mana sulit untuk menaikkan batu alam. Profesor Davidovits telah mengambil batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop electron terhadap batu tersebut dan menemukan batu tersebut terbuat dari lumpur, sedangkan ahli geologi sampai baru-baru ini, belum memiliki kemampuan untuk membezakan antara batu alam dan batu buatan dengan cara ini, tetapi hari ini mereka sudah boleh membezakan hasil teknologi moden.

Kerana itu Professor Davidovits kembali membuat batu besar dengan kaedah ini dalam waktu sepuluh hari. Seorang ilmuwan Belgia Guy Demortier yang sebelum ini pada waktu yang lama mempertanyakan kesahihan penelitian ini berkata: Setelah bertahun-tahun melakukan kajian sekarang saya baru yakin bahwa piramid yang terletak di Mesir dibuat dengan menggunakan tanah liat.

The colorized scanning electron microscope image shows the pyramid's "innercasing" limestone, including amorphous silica (red) that cements the limestone aggregates (black) together. Credit: Michel Barsoum, Drexel University. http://www.livescience.com

Sebuah penelitian yang luas tentang piramid di Bosnia, "Piramid Matahari" dan menjelaskan bahwa batu-batunya terbuat dari tanah liat! Ini menegaskan bahwa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Keajaiban Al-Qur'an mendahului penemuan ilmiah Banyak ayat-ayat Al-Qur’an telah menunjukkan fakta pembinaan piramid dan bangunan tinggi yg lain, dalam hal ini Allah berfirman:

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

“Dan berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang Tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan Sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa Dia Termasuk orang-orang pendusta". (Al-Qashash:38)

Dalam ayat ini menunjukkan tentang teknologi pembangunan yang digunakan untuk bangunan tinggi sebuah monumen seperti firman Allah: “buatkanlah untukku bangunan yang Tinggi” dan kata bangunan secara bahasa adalah setiap bangunan tinggi.

Teknik ini didasarkan pada lumpur dan panas seperti dalam ayat: “Maka bakarlah Hai Haman untukku tanah liat” Subhanallah! Ada bukti yang menunjukkan bahwa patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemukan dalam peradaban Rumania dan yang lainnya juga dibangun dari tanah liat!

Dapat dikatakan: Bahwa keajaiban Al Qur'an menunjukkan bahwa cara untuk membangun bangunan-bangunan dari tanah liat dan ini yang tidak diketahui pada waktu turunnya Alquran, Kebenaran ilmiah yang telah diterbitkan dalam abad kedua puluh satu telah disebutkan dalam Alquran sejak empat belas abad yang lalu …. Kebenaran ilmiah yang telah diterbitkan dalam abad kedua puluh satu telah disebutkan dalam Alquran sejak empat belas abad yang lalu

"Artikel ini diperolehi dari : anakbilis

Friday, July 29, 2011

Satu Alamat, 88 pengundi.. Apa penjelasan SPR?

SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini. Ianya sewajarnya adalah sebuah Badan yang bebas dan berkecuali dari mana-mana parti politik samada dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang.

Bagaimanapun semalam Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya iaitu Wan Ahmad Wan Omar telah mengeluarkan satu kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti SPR sendiri.

Dalam kenyataannya yang jelas menunjukkan beliau memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad telah mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya.

Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.


Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang risau menyaksikan kebangkitan BN dan mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.

Kenyataannya boleh dibaca di SINI.

Mungkin Wan Ahmad mempunyai terlalu banyak masa terluang hingga membolehkan beliau memikirkan akan agenda Pakatan Rakyat dalam perhimpunan BERSIH 2.0 akan datang ini..

Hal yang sepatutnya beliau mendiamkan diri bagi menunjukkan bahawa beliau seorang yang mempunyai kredibiliti dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan terhadapnya oleh Raja-Raja Melayu.. bukannya sibuk untuk memberikan ulasan..

Beliau sepatutnya membuat semakan terhadap daftar Pemilih yang baru dikemaskini Mei lalu, jika beliau serius akan tanggungjawabnya beliau harus menjelaskan bagaimana sebuah rumah yang kecil ini boleh terdapat seramai 64 pengundi didalamnya.. dan bagaimana pula sebuah lagi rumah yang berada dikawasan yang sama boleh mempunyai seramai 88 pengundi pula?

Monday, February 7, 2011

Release Tension!!!!!


KENAPA PERLU TENSION............

TARIK NAFAS...........HEMBUS PERLAHAN-LAHAN
TARIK NAFAS...........HEMBUS PERLAHAN-LAHAN
TARIK NAFAS...........HEMBUS PERLAHAN-LAHAN


OK.........BYE

Wednesday, February 2, 2011


Tuan Guru Nik Aziz: Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir

Isu Nasionalisme : Jawapan Saya Untuk Tun Mahathir


Saya gembira apabila Tun Dr. Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr. Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya. Firman Allah SWT :

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ


Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. – Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh UMNO. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan UMNO. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan UMNO yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama UMNO, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT :

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ


Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan UMNO? Di celah manakah UMNO meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan UMNO merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat UMNO yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat UMNO menghapuskan tulisan jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti UMNO diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman :

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ


Yang bermaksud : “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". – (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya :

فرقت به جماعتهم!


Yang bermaksud : Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa UMNOlah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan UMNO? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan UMNO di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh UMNO kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, UMNO masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT. Jika Tun Mahathir berkata bukti UMNO berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa UMNO berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa UMNO ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab : اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan..)

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Kg. Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 29 Safar 1432H / 2 Februari 2011

Thursday, January 27, 2011

KAHWIN OH KAHWIN



Masih ada segelintir masyarakat yang memandang serong terhadap wanita yang lambat atau tak kahwin-kahwin ini. Mereka menganggap wanita demikian sebagai ‘tak laku’, kemudian disusuli pulak dengan gelaran ‘andartu’ (anak dara tua). Sebenarnya, pada zaman moden ini, perspektif tersebut harus berubah dan dibuang sejauh-jauhnya. Tolong, tolong dan tolonglah jangan menilai mereka dari status perkahwinan mereka. Sedarilah bahawa jodoh itu di tangan Tuhan. Jika Dia mengkehendaki umatnya berkahwin, maka berkahwinlah ia. Dan begitu juga sebaliknya. Jadi, janganlah kita mengata atau mengecam mereka yang lambat bertemu jodoh kerana sesungguhnya terdapat sebab yang kukuh di sebalik apa yang terjadi.

Kekurangan Lelaki Berkualiti Punca Rawai Wanita Lambat Kahwin

Sejauhmana kebenarannya? Adakah benar senario ini sedang berlaku dan menjadi penyebab utama wanita kini lambat mendirikan rumahtangga? Setujukah anda dengan pernyataan ini?
Tajuk ini dibuat bukan semata-mata nak hentam sebelah pihak, cuma difikirkan perlu juga dibincangkan sebabnya dah banyak sangat kes wanita yang kahwin lambat atau pun menjadi andartu dek disebabkan tiada lelaki berkualiti ini atau sebab2 seperti di bawah yg ada sesetengah pihak utarakan??.
ye ke wanita lambat kahwin disebabkan....

  1. terlalu memilih
  2. terlalu cerewet
  3. tak nak ada komitmen?
  4. jawatan tinggi sangat (lelaki takut nak dekat)
  5. pelajaran (nak belajar tinggi2)
  6. pernah frust menongggeng sampai takde hati dah nak cari ganti
  7. faktor usia (belajar tinggi2 sampai tak perasan umur dah meningkat)
  8. takut dengan kes/isu rumahtangga
  9. takut org yg nak sebenarnya niat jahat jer..
  10. takdak sapa nak
  11. takut laki kaki kikis?
  12. takut nak beranak? x nak ada anak lagi?

Apa komen anda?
Cuma dalam banyak2 kes yg dilihat di mata kasar nie Wanita sekarang kahwin lambat di sebabkan kekurangan lelaki berkualiti...?

Tuesday, January 25, 2011

NILAI SEBUAH TANGISAN


Ada apa mesej disebalik kita menangis? Mengapa ada beberapa orang yang begitu sering menangis atau malah kurang mudah menangis dibandingkan dengan orang-orang lain? Dan apa cara yang terbaik dalam menangani semua air mata ini? Adakah cara untuk tidak menangis di saat-saat yang sepenuhnya tidak perlu untuk menangis? Para pengkaji dan para ahli terapi yang mempelajari menangis membagi apa yang telah mereka pelajari -- dan apa yang masih menjadi teka-teki bagi mereka.

Mengapa anda menangis?

"Mengapa" kita menangis tampaknya jelas dan langsung: Anda sedang bahagia atau sedih. Tetapi ini terlalu sederhana.

"Menangis adalah reaksi emosional yang alami terhadap beberapa perasaan tertentu, biasanya kesedihan dan perasaan luka. Tetapi orang-orang juga menangis karena sebab-sebab dan kejadian-kejadian lain,"

Menangis adalah mesej untuk tujuan emosional, kata Sideroff, yang juga seorang assistant clinical professor of psychiatry di UCLA David Geffen School of Medicine. "Menangis adalah kaedah untuk melepaskan emosi . Menangis adalah sebuah penambah energi dengan perasaan-perasaan."

Menangis juga merupakah sebuah mekanisme pertahanan, catat Jodi DeLuca, PhD, seorang neuropsikologi di Tampa General Hospital di Florida. "Ketika anda menangis," katanya. "Ini adalah sebuah pertanda anda perlu menyampaikan sesuatu." Di antara hal-hal yang lain, menangis memberi maksud anda sedang kecewa, kewalahan, atau bahkan sedang berusaha untuk menarik perhatian seseorang.

Di atas itu semua, menangis memiliki tujuan biokimia. Menangis dipercaya dapat melepaskan hormon-hormon stres atau racun-racun dari dalam tubuh, kata Lauren Bylsma, seorang murid Phd di University of South Florida di Tampa, yang memfokuskan menangis pada penelitiannya.

Terakhir, menangis sepenuhnya memiliki fungsi sosial, kata Bylsma. Menangis seringkali memenangkan dukungan dari mereka yang melihat anda menangis. Kadang-kadang, menangis dapat memanipulasi - sebuah cara untuk mendapatkan apa yang anda inginkan, apakah meminta teman anda untuk menemani anda berbelanja, pasangan anda agar menyetujui sebuah liburan mewah, atau anak anda agar mereka segera menyelesaikan pe-er matematika mereka.

Menangis dengan suara keras: Siapa yang paling mungkin?

Para wanita cenderung lebih sering menangis dibandingkan dengan lelaki, demikian disimpulkan oleh kebanyakan para ahli. "Para wanita memiliki lebih banyak enzim untuk menangis. Namun dalam beberapa tingkat, terdapat perubahan." kata Sideroff. Tetapi tidak seluruhnya. "Menangis masih dilihat oleh banyak orang, terutama oleh para lelaki , sebagai suatu tanda kelemahan." kata Sideroff.

Orang-orang yang memiliki sejarah trauma didapati lebih sering menangis, kata Sideroff lagi . Ini sepenuhnya benar, katanya, jika mereka memikirkan masa lalu itu. "Jika anda tetap memikirkan kembali trauma di masa lalu atau sakit emosional, akan membangkitkan lebih banyak perasaan terluka."

Para wanita yang dilaporkan menderita kecemasan atau kegelisahan, juga mereka yang periang dan empati mengatakan mereka merasa lebih nyaman menangis, menurut Bylsma.

Manfaat dari menangis

Orang-orang sering merujuk sebuah tangisan sebagai hal yang baik dan mengatakan mereka merasa lebih baik sesudahnya. Tetapi apakah itu selalu benar?

Bagi Mengatasi tangisan

Jadi bagaimana anda dapat -- dan bagaimana anda seharusnya menangani orang yang menangis? Berikut 4 petunjuknya:

  • Selalu sedar bahwa jika anda tidak melakukan apa-apa, anda dapat membuat orang yang menangis ini merasa lebih buruk.
  • Cubalah melakukan sesuatu yang mendukung dan membantu. "Jadi memeluk seseorang yang tidak anda kenal dengan baik mungkin tidak pantas, lebih pantas jika hanya mendengarkan dengan empati.
  • Jangan beranggapan anda tahu bagaimana membuat orang yang menangis itu lebih selesa. "Jika hubungan anda tidak dekat, lebih pantas dengan memulainya dengan menanyakan apa yang bisa anda bantu dan menjadi .
  • Menyadari bahwa orang-orang yang menangis di sebuah kelompok yang sangat besar biasanya merasa lebih tidak nyaman daripada mereka yang menangis di depan satu atau dua orang yang mereka kenal. Tetapi bahkan dalam sebuah kelompok yang besar, mereka yang menangis mendapat dukungan dari orang-orang yang mereka tidak kenal baik, demikian didapati Bylsma.

Cobalah untuk tidak menangis

Apa yang harus dilakukan? Bylsma memberikan saran-saran ini:

  • Cobalah untuk menunda menangis tetapi jangan mengurungkan niat untuk menangis sekaligus. Menahan itu tidak baik.
  • Beri alasan untuk keluar, cari tempat yang sesuai, dan menangislah
  • Jika anda tidak bisa meninggalkan situasi, tunda tangis anda dan bendung airmata anda dengan sebuah pengalihan yang positif.
# Anak kecil yang baru lahir akan menangis menandakan bertapa takutnya dan gelisahnya menghadapi alam dunia ini yang penuh pancaroba dan ujian yang bakal beliau hadapi sepanjang umur menjadi khalifah di bumi Allah ini.
So sebagai kesimpulannya jangan anda memandang serong terhadap insan yang sangat pemurah dengan air mata.

Wasalam....

Monday, January 24, 2011

Cemburu....................


Kecemburuan yang melampau

Sifat cemburu ini adalah naluri manusia yang sememangnya amat sukar dibendung. Ramai yang beranggapan bahawa orang perempuan kuat cemburu. Sebenarnya dalam soal ini, samada lelaki atau wanita, sifat cemburu ini ada pada setiap manusia. Cuma anda perlu bijak dalam mengawal perasaan cemburu. Jadi fikir-fikirkanlah yang mana baik dan yang mana buruk.

Tanda-tanda Cemburu- boleh diperhatikan pada pasangan anda.

1. Dia menelefon beberapa kali sehari dan marah kepada sesiapa sahaja apabila kamu tiada.

2. Sering menelefon anda semasa anda sedang sibuk dan tetap mendesak mahu bercakap dengan anda.

3. Dia menuduh sesuka hati bahawa anda telah keluar dengan lelaki/wanita lain.

4. Dia selalu mengintip , cuba menceroboh SMS telefon bimbit anda dan cuba mencari peluang untuk mencari kesalahan yang kita lakukan

5. Dia mengugut melakukan sesuatu yang tidak baik sehingga kemuncaknya ingin membunuh diri jika kamu meninggalkannya.

6. Dia hanya mahu anda sentiasa bersamanya dan marah walaupun kamu keluar dengan kawan-kawan lelaki/wanita yang lain.

7. Dia tidak suka pergi ke majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kepada anda.

8. Dia menyoal seperti seorang polis ke mana kita pergi dan dengan siapa.

9. Dia bermasam muka jika anda berkerja lebih masa.

10. Dia tidak peduli dan ambil "pot" dengan penjelasan yang anda berikan.

Tip Mengawal Keadaan Pasangan Yang Cemburu

1. Jika pasangan kamu mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kamu tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja daripada terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Terima hakikat bahawa dia tidak berniat untuk melukai hati kamu. Mungkin ini sifat semulajadinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya kamu untuk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu. Minta nasihatnya dan salurkan rasa cinta kamu.

4. Jangan berfoya-foya dengan wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yang dia perlukan adalah sokongan yang berterusan.

5. Berbincang dengan pasangan tentang perasaan cemburunya.

# Tip ini bukan semua boleh diaplikasikan bergantung kepada anda dan pasangan yang sudah pasti memahami isi hati masing-masing.


Salam.....